Kejohanan selama 12 hari di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini menyaksikan UiTM mengumpul 134 pingat keseluruhan iaitu 53 emas, 46 perak dan 35 gangsa.
Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul naib juara setelah mengutip 41 emas, 19 perak dan 21 gangsa manakala Universiti Malaya (UM) berada di tempat ketiga dengan 25 emas, 17 perak dan 14 gangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif SukIPT 2016, Hazally Jali berkata, kejohanan tersebut mencatat sejarah tersendiri apabila sebanyak 25 rekod baharu dirakamkan dalam acara olahraga dan 12 acara renang.
Jelasnya, penganjuran SukIPT edisi ketiga juga menyaksikan kebangkitan penyertaan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang memberi cabaran baharu kepada kontinjen besar seperti UiTM dan UPM.
“Kejohanan kali ini menyaksikan kemunculan IPTS seperti Universiti Sunway yang bukan sahaja memberi tentangan hebat malah berjaya menewaskan pencabar utama untuk meraih 17 emas,” katanya dalam sidang akhbar semalam.
Chan Jie dari Universiti Sunway dinobatkan sebagai Olahragawan SukIPT 2016 setelah meraih empat emas dan tiga gangsa dalam acara renang manakala atlet UM, Irene Chong dipilih sebagai Olahragawati apabila memenangi tiga emas acara renang dan satu emas menerusi acara berbasikal.
Kedua-dua atlet tersebut me­nerima hadiah tiket penerbangan ke Bali serta piala pusingan