Wednesday 24 August 2016
Wednesday 25 May 2016
Tahniah Bendahari UiTM Ke-6
Monday 25 April 2016
Happy Administrative Professionals Week
Administrative Professionals Day is a day to acknowledge and give thanks
for the efforts of your administrative assistant, receptionist office
manager or other vaulable admin person. “Appreciation is a wonderful thing: It makes what is excellent in others belong to us as well.” -- Voltaire
Monday 22 February 2016
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Naib Canselor UiTM atas penganugerahan Honorary Degree of Doctor of Laws
Pihak Persatuan Pentadbir UiTM ingin mengucapkan Sekalung Tahniah dan syabas diucapkan kepada YBhg Prof Emeritus Dato' Dr Hassan Said, Naib Canselor UiTM atas penganugerahan Honorary Degree of Doctor of Laws dari The University of Nottingham Malaysia Campus pada 20hb Februari 2016.
Foto sekitar majlis tersebut:
PRIHATIN & PROAKTIF
Laman web rasmi PPUiTM http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK: https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER http://twitter.com/#!/ppuitm
INSTAGRAM http://instagram.com/ppuitm/
Saturday 6 February 2016
Tahniah UiTM Juara Keseluruhan SUKIPT 2016
UiTM telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan SUKIPT 2016 dengan jumlah kutipan pingat sebanyak 53 emas 46 perak dan 35 gangsa. Tahniah, tahniah dan tahniah diucapkan kepada semua atlet yang terlibat serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam acara ini. Semoga UiTM terus unggul dan melakar kecemerlangan akademik seiring dengan jasmani.
JOHOR BAHRU – Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SukIPT) 2016 yang melabuhkan tirai semalam menyaksikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempertahankan gelaran juara keseluruhan.
Kejohanan selama 12 hari di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini menyaksikan UiTM mengumpul 134 pingat keseluruhan iaitu 53 emas, 46 perak dan 35 gangsa.
Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul naib juara setelah mengutip 41 emas, 19 perak dan 21 gangsa manakala Universiti Malaya (UM) berada di tempat ketiga dengan 25 emas, 17 perak dan 14 gangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif SukIPT 2016, Hazally Jali berkata, kejohanan tersebut mencatat sejarah tersendiri apabila sebanyak 25 rekod baharu dirakamkan dalam acara olahraga dan 12 acara renang.
Jelasnya, penganjuran SukIPT edisi ketiga juga menyaksikan kebangkitan penyertaan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang memberi cabaran baharu kepada kontinjen besar seperti UiTM dan UPM.
“Kejohanan kali ini menyaksikan kemunculan IPTS seperti Universiti Sunway yang bukan sahaja memberi tentangan hebat malah berjaya menewaskan pencabar utama untuk meraih 17 emas,” katanya dalam sidang akhbar semalam.
Chan Jie dari Universiti Sunway dinobatkan sebagai Olahragawan SukIPT 2016 setelah meraih empat emas dan tiga gangsa dalam acara renang manakala atlet UM, Irene Chong dipilih sebagai Olahragawati apabila memenangi tiga emas acara renang dan satu emas menerusi acara berbasikal.
Kedua-dua atlet tersebut menerima hadiah tiket penerbangan ke Bali serta piala pusingan
Monday 1 February 2016
Tahniah atas pelantikan Naib Canselor UiTM 2016
Pihak Persatuan Pentadbir
UiTM ingin mengucapkan Sekalung TAHNIAH kepada YBhg. Profesor Emeritus
Dato' Dr. Hassan Said di atas pelantikan sebagai
Naib Canselor UiTM yang baharu.
PRIHATIN & PROAKTIF
Naib Canselor UiTM yang baharu.
PRIHATIN & PROAKTIF
Laman web rasmi PPUiTM http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK: https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER http://twitter.com/#!/ppuitm
INSTAGRAM http://instagram.com/ppuitm/
Subscribe to:
Posts (Atom)